Wednesday, March 25, 2009

Hidup aq untuk PRIMU

semalam, aq pegi aktiviti primu yang btmpat di kampus timur. memang best sangat walaopon agak letih, yelah orang xde kete kan ( walaopon hakikatnye aq naik kete ngan Hasnol).
Sebenarnya tujuan aq pegi 2 semata mata nak hanto borang permohonan untuk dpatkan khemah untuk perkhemahan primu je, yang aq rase akan berlansung minggu depan kat taman negara bako. Hehe, aq da pegi, so aq x kisah sangat x pegi kali ni. Lagipon, tarikh bebudak primu pegi kesana kali ni clash dengan aktiviti bebudak kelas aq yang nak menyambut befday anak Hot ngan Lynn kat sane.

so, kite balik ke tajuk utama. Semalam kalo ikutkan, kami semua kene buat aktiviti ZOOM kampus yang mane kami akan berbasikal dari kampus timur ke barat. tapi disebabkan basikal x cukup, modul kami bertukar kepada permainan tradisional. Inilah yang aq suke tentang PRIMU. Sentiasa fleksibel dan mampu buat ape ape je tanpa perlu bergantung kepada modul.

Semalam permainan pertama yang aq main adalah slipar beracun, diikuti dengan Congkak, AIS n belalng belatok. Sakit pinggang aq main lari lari, tapi seronok coz dapat kenal ahli PRIMU secara x formal. Lagipon, main benda ni semua dapat eratkan hubungan kami dengan officer primu yang selama ni nampak bergaul sesama mereka je (aq x ye, aq rapat gak ngan diorang)

satu benda yang aq sayu adalah minggu depan adalah minggu terakhir perjumpaan kelab aq untuk semester ni, dan ini bermakna, ini adalah modul terakhir yang akan dipegang oleh idola aq, abang hafiz. Aq x taw la ape perasaaan ni. Mungkin sebab da rapat ngan keluarga PRIMU or aq terkilan coz abang hafiz da habis perkhidmatan die.

Ade budak cakap perangai aq sama aje macam abang syafiq, dan aq akan jadi macam die suatu ari nanti. Suke merapu, melawak dan jarang serius adalah imej dia. Hahaha, aq x kesah, aq suke orang macam 2. Sekepala ape.hahaha

Monday, March 23, 2009

Memang sakit..

Minggu lepas adalah minggu yang paling menyakitkan jiwa dan batin aq selama aq berada di UNIMAS. segala cobaan datang bertalu talu seolah mahu menguji di tahap mane keimanan aq sekarang. Aq akui ake berasa sangat terseksa, namun disebabkan dah biasa sangat terseksa, dugaan tu x berupaya menjatuhkan aq pon, malahan semaakin menguatkan aq plak.

semuanya bermula dengan hilang kawan baik, berterusan pula dengan assignment yang membukit, berkesinambungan plak dengan masalah kewangan yang kronik dan diakhiri dengan pelbagai meeting yang membunuh..Nak bernafas pon da susah. Dapat hidup dan mempunyai mental yang masih sihat adalah dah terlebih baik.

Aq pon pelik, apa gune member kalo terus diam x berkata kata, no komen..mungkin salah aq jugak la. Assignment plak lagi la dasyat, macam istilah nokhtah 2 dah macam x wujud lagi dalam planet bumi ni. Nak bace novel pon da x sempat..sial betol(kan da tercarot)

Nasib la aq ade ramai lagi memberyang memahami. Thanks guys.

Ni plak novel terbaru yang ingin aq beli, tapi pitis x cukup lagi da.. hahaha
Best novel ni, lagipon, sume novel RAM aq bace. mane bley skip skip

Monday, March 9, 2009

I am a perfecrtmelancholy


ujian personaliti yang dibuat menunjukkan aq memegang personaliti perfect melancholy. ya , benda ini agak tepat, coz banyak ciri 2x sifat yang ade kt dalam personaliti tu yang menyamai sikap aq..

yeah, moody, loneliness, dan benci pade kelewatan adalah sendi sendi utama yang membentuk personaliti ini. Tapi, kalau mengikut bidang pekerjaan pulak, aq ternyata seorang pekerja yang cemerlang ataupun seorang ketua yang berwawasan dan suka memandang ke hadapan.

Apa yang melemahkan aq hanyalah aq adalah seorang yang sensitif, x kira lah terhadap perasaan aq sendiri ataupon terhadap perasaan orang lain.

walau apa orang nak kate, aq tetap bangge dengan personaliti aq sendiri.

Saturday, March 7, 2009

Komik? Dunia aq dipenuhi buku..

Straw hat luffy in One piece..Most favourite manga 2008
blech.. i love Ichigo..espadas

Naruto..Second most popular manga in 2008


Satu hari , ade sorang kawan aq bertanye.."jay, ko suke bace buku x?komik ke? majalahke?"..Dengan x berperasaan aq just jawab balik..aq x suke membace"






stu hari dia datng ke bilik aq..betapa terkejutnya dia bile tengok bilik aq..



"Jay, cakp x suke buke..Tapi bilik mko ni dah macam kilang cetak majalah je aq tengok"



Aq jwab balik..



"aq x suke membace..tapi aq GILA membaca..books are my world"






Ya itulah aq, seorang yang sangat cintakan buku n majalah. bilik aq dah x tertampung nan majalah, novel, komik, dan lain lain lagi la. tiap minggu aq kuar mesti aq beli komik. compulsory. Idop x lengkapkalo sehari x bace komik..Korang hanya akan paham bile korang jadi macam aq..






Aq bace komik bukn setakat yanga de dalam buku, tapi jufgak internet, cam onemanga, terbaek n sebagainya..aq utamakan produk manga dari jepon n da second prioriti adalah komik wira tunggal pendekar laut dari hong kong.. kat jepon komik dipanngil manga manakala kat hong kong ia digelar manhwa..fakta ni.. hehehe






aq pon gile novel gak.. rekod terpants aq penah bace novel adalah 6 jam non stop..sebanyak 528 mukasurat..pelik? bese je 2..rekod lame..bley diperbaharui..skang ni aq rase aq da ade 43 buah novel dalamsimpanan aq..komik n majalh plak da beratus da..
yang banyak kat atas 2 sume komik paling aq suke..Ade du lagi iaitu Eyeshield 21 n Wira tunggal pendekar laut

Jangan raseterseksa bile break up


Pelik la segala gale yang berlaku sekarang ni.. macam segalanya nak menguji aq..menguji seorng insan yang bernama JAy..


Baru aje semalam budak kelas aq waktu kat matrix clash ngan dia punye kapel. Budak yang aq maksudkan ni adalah seorang pempuan.nampak macam naif, tapi aq taw dia seorang yang baik.Dia cakap susah nak lupekan budak laki yang da tinggalkan dia. Sampai tahap bukan sedey lagi da, tapi dah panas hati dan baran. aq mesej pujuk dia semalam pon, ayat dia macam menunjukkn di ade personaliti yang lain ..hm..cinta memang bley mengubah orang.


aq nak pujuk die pon aq xpandai xoz aq ni bukan la expert bab bab macam ni.. msla peribdi aq pom aq x tertanggong, nikan plak masalah orang kat sekeliling.. Tapi aq tolong jugaklah sedaya yang aq mampu..yelah dia sahabat aq..Skang, hanny tinggal. die, ecah n adib je penyambung kepda segala kenangan aq waktu kat matrix..naif


Spela yang cakap waktu bercinta tu sume indah. Dari tingkah laku bf die pon aq da taw dia kan terseksa suatu hari nanti, tapi aq xnak cakap coz nanti akan lukekan ati die, walau hakikatnya dia memang bakal terluka dah sudahpon terluka. Pergh, penuh falsafah la ayat aq ni..mentang mentang la belajar psikilogi..


N amat x adil la kalo nak melabelkan sume kaum yang berlainan jantina ngan kite 2 jahat coz kite bukan tuhan nakl judge orang 2 baik atu jahat.. kalo nak judge orang, cermin diri dulu.. orang yang ade persepsi macam ni adalah orang yang pandangannya tertutup coz dalam hidup die dia hanya pentingkan perasaan sendiri. pandangan hidupnya lansung x bercabang dan fokus pada sorang insan je.. early adolescent..bese la 2 ek..

Wednesday, March 4, 2009

Duit..

aq rase perbelanjaan aq da sampai ke tahap yang paling maksimum bulan ni. dari perbelanjaan komik, tengok movie, kuar jalan jalan , makan dan sebagainya. Poket aq pon da kosong. Yang untungnya aq xde pempuan, so aq x payah nak risau pasal duit sangat. pragmantik? Ye , aq cube menyampaikan segala isi hati aq secara paradox.

Hobi aq nak bace novel tiap ari pon da hampir mati coz busy sangat. Kalo asek bace novel, tapi buku rujukan yang mak datok punye tebal 2 aq x usik pon x baik jugak. Dahlah da tahap menderhaka kat lecturer..Asek ponteng kuliah(bagi aq kalo dalam sehari ponteng dua kuliah da kira terok sangat da 2). Bese la orang macam aq ni..bekas budak hayat la katakan.

tiap ari sabtu aq plak skang ade Lecture Calculus. Bagi aq , calculus 2 senang aje, yang menyusahkan cume documentation aje..yelah, lecturer aq pon orang bangladesh, bukan faham sangat bahasa melayu ni..So, english aq kena la gempak cket kalo nak communicate ngan die..bvukan ape, bak ape yang dipelajari dalam modul komunikasi, penyampaian maklumat 2 penting agar segala apa yang disampaikan akan mudah difahami.

Now..I'm Growing Bigger

Yup, skang ni aq da pun melangkah k alam early adulthood walaupon perangai masih lagi ala ala early childhood. cuma yang x bley nak ubah sampai sekarang hanyalah sikap aq yang nampak agak pemarah. Perangai baru lagi merebak dalam diri aq, x sampai dua tahun pon lagi. semuanya bermula kat matrix, berkembang kembang dan makan seluruh sifat aq yang lemah lembut sampai la aq dipandang seperti seekor raksaksa bagi mereka mereka yan tidak berapa mengenali diri ini.

Skang aq da mula stabil dengan penglibatan aq di dalam kelab PRIMU sudah mula disedari oleh ahli ahli yang lain. Kalau macam sem lepas, aq nak beercakap waktu dalam perjumpaan kelab pun rase macam agak menyampah..Bukan sebab PRIMU x best, tapi sebab aq x berapa nak kenal karekter setiap ahi PRIMU pada waktu tu. So, aq diamkan diri aje dan lebih banyak memerhatikan orang dan buat kesimpulan sendiri..X adil kan..hahaha..itulah aq. Tapi kan, aq just ade satu benda aje yang agak terkilan cket. kalu la aq agak aktif sem lepas ( walaupun aq ni x pernah ponteng PRIMU), mesti sem ni aq da dapat join TOT dah..menyesal betul.. Tapi mungkin ade hikmah gak kot aq x join benda 2.. aq pon agak cbuk sem ni..Ngan jadik Presiden sekreteriat exco publisiti bunga Raya lagi..itu lagi..ini lagii..huhuhu

Bercakap mengenai kelas pulak, aq agak hairan dengan sikap beberapa orang student yang langsung x pernah tegur bebudak lelaki..Muka kami ni ade macam perogol besiri ke? Kadang kadang memang kami golongan kaum yang nak pupus rasepeli, tapi kami diamkan aje..yelah, kami bukan penting sangat pon..Tape ade jugak golongan yang terlebih bergaul dengan lelaki.. Tau nak berkepit je..Golongan camni la yang sebenarnye aq agak anti cket. Member member aq pon xde yang memeegang sikap macam ni..ahakz..sori kalau terasa yuk.

Dalam usia peralihan zaman dari remaja ke dewasa ni, banyak penentangan mula terjadi dalam diri aq..Itu x betul, ini x betul. Tapi sekarang aq da mula bertindak ikut rasional. yang x rasional cume kemarahan aq je lagi..Camne nak buat ek..

Ke perlu aq tiru macam BRUCE BANNER dalam Incredible Hulk 2 kontrol marah..mungkin berkesan kot..
hahahahaha.

Bye Bye!