Sunday, May 17, 2009

Kg Sikog Waterfall











Yeah, semalam aq baru je pegi kg sikog coz nak mandi air terjun kat sane. Aq pon x taw kewujudan tmpat ni sebelom ni, coz, air terjun yang aq taw just kat Matang Family Park je stakat ni. Yang pergi just dua bijik kete je, iaitu Naim, Med, Adam, aq , Deb, Ira, Azie, Ras, Fifi, Tiqah n Ida. Kalo ikutkan ade jalan lain nak pegi sane, tapi disebabkan nak lebih adventure, kitorang men rentas jalan hutan. So, adalah lebih kurang 20 minit perjalanan, baru la sampai ke air terjun 2..Sempat la jugak kaki aq tertikam batu sampai berdarah, kenangan yang menyakitkan.

Perjalanan ke air terjun yang mencabar


Waktu kitorang sampai, ade la jugak bebudak kampung mandi kat situ. Macam anak monyet plak bergayot sampai rekah dahan pokok dibantainye.
so, kami mandi kat port atas yang mane kawasannye yang lebih dalam lagi, agak malang bagi mereka mreka yg bertubuh kerdl

haha, kawasan yang best untuk mandi

Ade jugak peristiwa lucu semalam terjadik. Bebudak pempuan ni ramai yang x reti berenang, tapi nak jugak pegi ke kwasan air terjun mengalir jatuh tu. Med bawak diorang, tapi ade sorang insan ni terlampau gabra n dia just tolak je kepala mad sampai med tenggelam dlm lubuk. Nasib kami ade kat belakang, cepat cepat grab tangan die, kalo x....Innalillah

Kawasan kegilaan yang hampir buat md mati lemas

Pas berenang, makan r, ape lagi

Bebudak kkg yang lagi hebat buat summersault daripada kitorang

Da abes mandi dan da nak balik

Balik pon kene redah sungai dulu..sejuk betol

posing terakhir sebelum balik

Balik balik ade pelangi plak sambut kat unimas..hehehe



2 je lah setakat ni, tunggu next trip kitorang lagi

Sunday, May 10, 2009

Insan Insan penting kearah pembentukan MohdJamal bin Ishak

Aq tiba tiba teringat insan insan yang pernah wujud dalam hidup aq dan aq takkan lupekan mereka sampai bila bila. Selagi aq bernafas, walau dementia menyerang dikala usia tua, mereka ni tetap hadir dalam ingatan, memberi pahit manis dalam kehidupan aq, sehinggalah aq mampu berdiri sekarang. Ade yang pernah jadi musuh, tapi bertukarjadi sahabat, ada yang sahabat sampai mati, ade yang pernah jadi sahabat, tapi dah mula mendingin, ade juga yang jadi idola aq sampai ke hari ini.
Ni lah insan insan tersebut..


Munawwar~ pencetus semangat 5A UPSR

Ni adalah Munawwar, member baik aq sejak dari darjah 5 sampai abes UPSR. Dia la yang same same naikkan bendera, jaga pintu pagar, handle assembly pagi (kami pengawas) dan jugak teman aq berborak dan jugak member yan x pernah miss tunggu aq pegi sekolah tiap pagi naik basikal. Dia jugak sama cam aq, 5A UPSR, tapi bila aq masuk MRSM, dia masuk Alam Shah. Skang ni da jarang contact coz masing2x ade komitmen





Adnin~member sehidup semati

Ni plak adalah adnin(yang kat atas tiang tu). Dia adalah orang yang paling memahami aaq coz da hidup ngan aq sejak dari F1 sampai la F5. X pernah pon bergadoh, malah sekepala. Cakap la ape sekalipon, komik? movie? melukis? Men bola? kuat ketawa? Bergurau? mengarut? semuanya adalah benda yang kami kongsi bersama. Dari aq mula jumpa dia, sampai la ari terakhir sekolah menengah, dia sentiasa duduk sebelah aq dalam kelas. (dari dulu sekolh same je, kebetulan, kelas pon same).
Skang ni pon aq x pernah lost contact ngan dia, malah, waktu cuti pon aq lepak kat umah dia. Dia ni sangat kelakar dan sangat protektif. pernah aq nak kene bantai ngan bebudak otai pon dia sanggup backup aq(yelah, aq kan pengawas). Memang la kawan sejati

skang ni dia kat UMP, masih lagi kelakar n baik macam dulu. N dia ni memang layak dapat anugerah kawan paling sejati kepada Jamal


Zahran~Budak paling gile(biru)

Nilah mmber aq yang paling giler diaantara member yang paling gile. Cakap la apepon; buat lawak, buat kerja gile, sume dia boleh buat. n, ape yang paling aq kagum adalah dia ni member aq yang paling berani diantara mereka mereka yang berani. Pernah dia cabar hantu waktu kat sekolah, men kejar kejar ngan pak guard, masuk aspuri pg conteng bra dak2x pempuan n macam macam lagi. Aq rase, peribadi aq yang gila2x ni pon adalah pengaruh dari die jugak.

Di ni jugaklah pengawas waktu lower form(satu satunya pengawas otai n pengawas lelaki dalam kelas aq selain aq) tapi perangai mawas, dan x pernah mengkhianati aq. dia la jugak saingan aq dalam pointer dari form 1 sampai form 5, tapi dia just pernah menang 2 kali je dari 10 sem.hahaha.

N yang paling mengejutkan , dia masuk universiti pertahanan malaysia. Ibarat penjenayah masuk jel aje







Amirul~Insan berjiwa halus


Ha, ni plak Amirul Haspulah, member aq merangkap rakan sekelas dan ahli homeroom yang sama lima tahun berturut turut dr F1 sampai la F5. Cakap je name die, gerenti orang kenal mat jiwang no 1. Dengan muka yang x kurang jugak hensem, banyak la name pempuan yang pernah aq dengar waktu bersama ngan dia.

Aq kenal dia waktu F1 sangat la berbeza perwatakan. Dia ni dulu kaki nangis, homesick, tapi, lame lame da ok. Tanpa dia, x tau la camne hidup aq waktu kat negeri sembilan dulu coz dia ni selalu tumpangkan aq ngan adnin tdo umah kuarge dia kat gemas, sampai aq ngan kuarge dia da macam family da.

Ape yang pasti, dia la yang bertanggungjawab mengajar aq tentang love, loyalty n trustworthy toward gurl.





Hasif Murtadza~Anak mufti yang supportif

Ni plak adalah bapa angkat aq selama 3 tahun waktu aq kat MRSM KK. Dia pegang homeroom aq. Dia ni anak mufti besar negeri sembiln dan jugak merupakan ustaz, penasihat karate n jurulatih bola kat MRSM. hm, fleksibel

Dia ni x pernah berkira kalau nak beri pinjam duit pada aq , kadang kadang dia halalkan aje. Hubungan dia ngan bapak aq jugak sangat baik, coz selalu brborak dalam telefon. Aq bangge dapat jadik anak angkat die. Nama je anak ustaz, tapi dia ni sangt kelakar dan jugak boleh bergaul ngan macam macam jenis orang. Dia lah jugak yang selalu ingatkan aq agar tabah n kuat hadapi cabaran n buktikan, walau aq dok jauh dari keluarga, aq mampu berdiri setanding dengan sume orang cerdik pandai kat cni




Adil husni~siol tapi genius


Inilah manusia yang selau menyusahkan aq wktu aq jadik pengawas tyme menengah rendah dulu(padahal, sebelum aq jadik, dia dulu pengawas gak). Tersangatlah genius, tapi aq x rapatsangat ngan die. Just tegur2x tegur catu je, malah aq banyak kutuk dia dulu.

Dia ni anak orang kaya. Skang ni study kat Vanderbilt Univercity, US(kalo x clap r)

Nape lak dia ni penting jugak?
Ofkos la, dia ni la menyedarkan aq betapa beshnye kalo jadik pandai. bia sial, tapi pandai. Aq jugak rase rendah diri nagn die, yelah, result PMR, UPSR sume same je ngan die, yang beza tyme spm je(hehehe). Dulu x suke, kini aq amat kagum ngan dia, main macam mane pon, result maintain da besh je.

Dia ni memang sangat penting






Hafizan Hasyim~kerdil yang berssemangat gergasi


Kerdil? x la sangat, just comey je. hahaha.
Aq sangat respek kat aabang hafiz sejak aq mula dengar taklimat fakulti kat UNIMAS sampai la skarang. Dia ni la yang banyak latih kami bebudak PRIMU dan nampak kepimpinan dia ni sangat la tinggi, sampai kelab PRIMU yang da nyawa nyawa ikan 2 pon boleh naik balik sebab wujudnya dia ni

Dia ni jugak agak ceria, dan sangat flexible. Sangat snang nak bekerja ngan dia , cume dia ni agak cerewet cket. Aq jadik manusia yang aktif kat UNIMAS ni pon sume sbab die.

Dia punya aura pon sangat kuat, sampai aq jadik segan nak bercakap bile berhadapan ngan die. Terasa rendah diri aje..hehehe







Kak Ira~kecik2x cili padi

Nilah kak ira, same jugak ngan abang hafizan, kelab PRIMU. aq pon x taw la nak cakap dia ni bawah kategori yang mane satu. tapi, ape yang aq pasti, dia ni sangat baik dan aq da anggap dia ni da macam kakak q sendiri je.

Mungkin ape yang aq belajar dari die ni, x kire sesibuk mane pon kite, take ur time 2 enjoy ur life. Jangan stress sentiasa, jadikan masalah 2 keseronokan( walaopon dia x cakap benda ni, 2 lah aq rase ape yang aq dapat dari die)

Kesimpulannye, dia ni banyak tunjuk benda yang leh wat aq respek kat die.





SK Gang~penceria suasana duduk(drkiri):Bro, Noll,Teddy
Bdiri: Jay, Malya, Roul, Lynn


Kenapa muka muka ni penting?
coz you're my buddies.

Korang la penghidup suasana Sk yang aq rase suram macam ade orang nak mati. Dengan konflik yang tak habis habis berlaku, korang tetap stay unite.
Muke muke x cukup bulan nilah yang berjaya bendung sifat anger aq kat cni. Thanks




Baizura~"Segalanya untuk awak"(BIRU)


Mungkin aq boleh katakan, insn yang paling banyak menyebabkan aq banyak berubah adalah Siti Baizura binti Busairi. Orang yang paling aq sayang selepas keluarga aq dan jugak diri aq sendiri..Yang paling banyak aq gembira dan jugak sedih..

BAIzura =
= BAI = B + A + I = 2 + 1 + 9
Jamal = J

---------> J-BAI 219

BAi adalah pengawas yang duduk dalam unit aq, selaku aq punye setiausaha. segala laporan aq dia yang tolong buat. Dia sangat comel, tapi dia jugak terkenal sebagai pengawas yang kedua paling garang. Dia jugak la pengawas yang paling pandai. Yelah, dalam 375 0rang dak MRSM, dia dapat ranking no 5. Kire mak datok hebat la tu

~Dia la pernah buat aq semangt giler buat kerja sebagai pengawas (walau aq ni pelik cket)
~Dia la buat aq rase x nak idup waktu kene tolak
~Dia la bagi aq nyawa balik waktu...

Kesimpulannya, aq mula kenal apa tu makna hidup seorang remaja waktu kenal dia. Skang ni dia tengah belajar lagi kat KOREA






Atikah~ Ajar aq jadik tabah

Ni plak atikah. Skandal besar aq waktu kat matrix dulu. Sangat rapat ngan aq sampai kene anugerah couple paling hot, padahal x kapel pon. Hehehe. Seorang yang sangat suke berdebat mulut ngan aq , x kire apa topik, sampai la ke hari ni.

Pernah gadoh ngan aq jugak, tapi baik semula..gaduh bebudak je.
Dia ni la yang bagi aq kesedaran yang x semua benda yang kita nak kita boleh dapat






Ecah~ .......................................

Insan yang menghubungkan aq dengan kenangan hidup di matrix. Sangat funny, simple dan jugak kelelakian. suka ambil berat pasal kawan.

Dia same kelas ngan aq waktu kat matrix, dan sekarang, same fakulti dan jugak kolej kediaman.
Seorang daripada 5 orang insan yang aq xkan marah bila diorang buat silap..(kecil hati 2 prkara lain)
Sangat baik ngan aq sehingga......

Penamat yang tergantung.

Friday, May 1, 2009

Kasih seorang isteri


Summary:Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa... Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak ini....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa abang syak yang bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat dengan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau ini, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa inilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut pula hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke,suka hati aku lah nak pergi malam ke siang ke tak pergi langsung ke"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa pula ini sebok saja...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apa punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat lah, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom lah cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri.ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa... "YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" . Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa macam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa "Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan abang Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA. Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan . ..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...